17 Julai 2013

Dari Kaca Mata: Isu TPPA

SEKADAR PANDANGAN PERIBADI Mengenai isu TPPA, saya rasa wajarlah kerajaan mengadakan satu referendum (pungutan suara) untuk menentukan persetujuan Ya atau Tidak untuk Malaysia menandatangani perjanjian ini. Bagi sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan politik Britain beberapa tahun kebelakangan ini, mungkin anda perasan ada satu referendum mengenai perubahan sistem pengundian, itu baru isu dalaman dan rakyat Britain menolak cadangan perubahan sistem pengundian (saya tidak berminat utk utarakan isu ini) Caranya mudah: 1) Berikan peluang kepada dua grup yang menyokong dan tidak menyokong isu ini, Berikan peluang berkempen di seluruh negara, berikan permit ceramah, 'roadshow', pameran mengenai sokongan atau bantahan utk TPPA. 2) SPR menetapkan satu hari untuk hari penentuan pungutan suara. 3) Cara mengundi seperti biasa, di Pusat Mengundi seperti PRU13. Serah mykad, celup jari dalam dakwat, dapat kertas undi. 4) Kertas undi boleh ditulis dalam 6/7 bahasa (Melayu Rumi dan Jawi, Inggeris, Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazan) Contoh: ADAKAH ANDA BERSETUJU MALAYSIA MENANDATANGANI PERJANJIAN TPPA? YA ATAU TIDAK NYATAKAN PILIHAN ANDA DI KOTAK BAWAH. 5) Selepas itu letakkan kertas undi ke dalam kotak undi. 6) Undian akan ditutup pada jam 5 petang dan pengiraan akan dijalankan. 7) Pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan keputusan referendum. COntoh: Parlimen Indera Mahkota. 45% memilih YA 55% memilih TIDAK. Maka diisytiharkan pengundi Parlimen Indera Mahkota tidak memilih untuk menandatangani TPPA. Keputusan akhir apabila keseluruhan 222 parlimen dikira. Contoh: 48% memilih YA 52% memilih TIDAK. Maka diisyitharkan rakyat Malaysia tidak memilih untuk menandatangani TPPA. 9) Kerajaan kena akur pilihan rakyat ini sebab ini keputusan rakyat. Ini mandat daripada rakyat. Jelas? Jika tidak faham, sila kemukakan soalan. Senyum

Kembali Menulis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Apa khabar semua, semoga sihat sejahtera. Saya kembali menulis setelah lama menyepi, diinspirasikan ramai kenalan. Kembali menulis, rindu zaman berblogging, Oh ya, jangan lupa 'like' 'Page' Sepakan Korner Ahmad Loqman Izzat di Facebook ya! Semoga bermanfaat untuk semua! Senyum =)